ASAS TAJWID

Sat, 9 March 2019 From 7:30 PM to 9:30 PM
  • | Events
  • | Khidmah
  • | View All Campaigns
ASAS TAJWID

  • Email:
    • markaztibyan@gm...
  • Call:
    • (+65) 98671569
  • Share:

Event Location

09 Mar, 2019 From 7:30 PM to 9:30 PM 116 Changi Road, WIS@CHANGI, #02-03, Singapore View Map

Event will be conducted in Malay

Synopsis

Kursus ini membincangkan Ilmu Tajwid secara umum dan kepentingannya dalam membaca al-Quran dengan betul. Kursus ini merangkumi asas-asas hukum Tajwid bermula daripada Bab al-Basmalah dan al-Isti’azah diikuti dengan Hukum Nun dan Mim Mati, Hukum Mad dan Jenis-jenisnya, Makhraj dan Sifat Huruf, Waqaf dan Ibtida’ dan diakhiri dengan bacaan-bacaan khas bagi Riwayat Hafs daripada Ust Zamri. Antara objektif kursus ini ialah untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang hukum tajwid dan pengamalannya. 

Details

mengandungi penjelasan mengenai latar belakang ilmu tajwid dari sudut definisi, sejarah, pembahagiannya, serta hukum mempelajarinya. Turut dijelaskan di dalam unit ini ialah dalil-dalil membaca al-Quran, jenis-jenis kesalahan ketika membaca al-Quran 

mengandungi penjelasan mengenai al-Isti’azah dan al-Basmalah dari sudut definisi, sighahnya, permasalahannya dan perbezaan di antara kedua-duanya. Turut diberi penekanan menerusi unit ini ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan al-Isti’azah dan al-Basmalah. 

 mengandungi penjelasan mengenai Nun Sakinah, Tanwin dan Mim Sakinah dari sudut definisi, hukum-hukum bacaan dan perbezaan yang terdapat di antara ketiga-tiganya. Selain itu, penjelasan turut diberi mengenai hukum Nun dan Mim yang bersabdu serta cara bacaannnya. 

 menghuraikan jenis-jenis mad yang terdapat di dalam bacaan al-Quran. Setiap jenis mad dijelaskan dengan definisi serta sebab-sebab terjadinya mad berikut. Turut diterapkan di dalam unit ini ialah martabat-martabat mad serta kaedah membezakan antara satu mad dengan mad yang lain menerusi contohcontoh daripada al-Quran.

memberikan penjelasan mengenai makhraj atau tempat keluar suara dan huruf-huruf hija’iyyah dari sudut definisi dan pembahagiannya. Di samping itu, turut diberikan perincian makhraj khas dan umum bagi setiap huruf agar setiap huruf yang disebut dapat dikenalpasti dan dilantunkan dengan tepat. Turut disertakan gelaran yang diberi kepada setiap huruf menurut pandangan ulama-ulama tajwid. 

mengandungi penjelasan secara terperinci mengenai sifat-sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf hija’iyyah. Bermula dengan definisi, faedah mempelajarinya dan pembahagiaannya dan diakhiri dengan rajahrajah yang menjelaskan sifat-sifat huruf bagi setiap huruf hija’iyyah. Sebagai penambahan, pandangan para ulama berkenaan jumlah sifat huruf turut diperbahaskan.

Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Asas Tajwid (B.Melayu )

Setiap Hari Sabtu 
Masa: 7:30mlm - 9.30mlm

Yuran : $60 utk 3 sesi 
Harga Buku : $10.00 
Pendaftaran : $12.00

Pembayaran melalui pemindahan akaun 
DBS current 072-002006-5

Atau bayaran tunai di pejabat kami. 
WIS@Changi, 116 Changi Rd #02-03 
Singapore 419718

Sila whatsapp foto resit anda ke 98671569

Jazakumullahu khairan kathiran

Other Events You May Like

  • 1-1 KLINIK AL-QURAN
    1-1 KLINIK AL-QURAN
    Event Ended
  • Kursus Pra-Ramadhan
    Kursus Pra-Ramadhan
    Event Ended
  • PEMUDA ZAMAN SALAF 1
    PEMUDA ZAMAN SALAF 1
    Event Ended
  • Kursus Pengurusan Jenazah
    Kursus Pengurusan Jenazah
    Event Ended
  • Kelas Quran Kanak2
    Kelas Quran Kanak2
    Event Ended

Locate Us


Our Location

116 Changi Road, WIS@CHANGI, #02-03, Singapore 419718

Contact Info

(+65) 98671569
[email protected]

Socialize With Us

© 2026 Powered by Mimbar

Full details

Full details

Loading Tickets...
We use cookies for ads measurement and personalization.